Monday, July 6, 2009


Di Pondok Kecil
Artis : Nadamurni


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku kemana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam



Sunday, July 5, 2009

Jangan Mencari Terlalu Sempurna


Jika kamu memancing ikan……Setelah ikan itu terlekat di mata kail……Hendaklah kamu mengambil ikan itu……Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……


Begitulah juga……Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……Anggaplah dia manusia biasa……Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayatDan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Thursday, July 2, 2009

Ikhlas Darjat Yang Paling Tinggi


Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu
diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti
dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan:"Ambillah saya ikhlas!"
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa
orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata"Eh! Orang ini tidak mengenang budi!"
Keikhlasannya ditarik semulaAllah!
Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

Bertemu Teman tapi mesra...

Ari ni aku nak citer kat korang satu kisah yang menyentuh jiwa aku sebagai seorang wanita.... Mukadimah citer mcm suspen jer kan? xder la....citer biasa jer sebenarnya sajer nak korang rasa suspen. Perasan bagus ayat aku rasanya.

Cmni....semalam waktu aku balik keje, aku, fadil & anak2 aku singgah la kat KIP Mart Masai. Bukan ape....malas nak masak so maknanya bila dah singgah situ mesti nak mkn kan? Alamak...mesti korang tertanya2 saper Fadil tu.....Fadil tu hubby aku la, seorang lelaki yg tahan dok layan aku yg banyak cekadak ni.

Ntah mcm mana nak dijadikan citer....aku bertemu dgn sorg mamat ni yg dah aku set kat minda sebagai teman tapi mesra. Fulamak! dag dig dug jantung aku ni..... aaaa...aku tau korang dah fikir mengarut kan? Sebenarnya aku nak korang tau, org yg aku anggap teman tapi mesra ni adalah seorg lelaki yang terlalu baik terhadap aku dan keluarga aku. Tak dapat aku nak bayar segala kebaikan dia dgn duit yg aku ada. (Sebenarnya duit aku pun xder...Ahaks!)

Korang mesti tanye, ape yg aku nak citer & ape yg suspennya. Xder ape yg suspen, aku just merapu jer. Boring sangat la. Wakakakakaka......

Tips cinta suami isteri

Bacalah untuk renungan bersama. Aku pun kdg2 terlepas pandang bab2 mcm ni, ape pun sebagai manusia kita pun bukan sempurna....Hanya yg mampu aku cakap, ampunkan segala kesilapan aku wahai suamiku..... perhhhhhh.....syahdu tu.......



Tips cinta suami isteri


* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. * Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

* Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. * Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. * Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

* Sesekali tukar gayapenampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu

Wednesday, July 1, 2009

Hari ni aku nak share petua "Menawan Hati Pasangan....." Ish! mcm pandai sangat aku nak bagi korang petua kan? Ape2 pun korang baca jer la petua ni....yg baik jadi pengajaran yg x baik tu ignore jer k

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu
jodoh.


4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal
pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk
menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.




12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap
pemberian lelaki tersebut.



23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi
perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang
lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat
yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
sikap terhadap harta, wang dan hobi.


32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama
lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama
mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,
pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah,
harta, keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri
daripada kita.


40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih
bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan
tertawan kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan
bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia
rasa istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan
dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati
yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan
aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar
dan sensitif kepada perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan
beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas
dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci dan banyak yang tersirat.